INFO KESIHATAN PERSEKITARAN
APA ITU KESIHATAN PERSEKITARAN ? Sebelum kita mendalami apa itu kesihatan persekitaran, mari kita fahamkan terlebih dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan kesihatan dan persekitaran. APA ITU KESIHATAN ? Berdasarkan WHO (World Health Organization), “Kesihatan adalah keadaan dimana seseorang individu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi mental, fizikal dan sosial dan bukan semata- mata bebas dari penyakit atau keuzuran.” APA ITU PERSEKITARAN? Persekitaran merujuk kepada sekitar atau segala sesuatu yang memberi kesan kepada organisma semasa hayatnya. Senang cerita, semua benda yang disekeliling kita yang bagi kesan pada diri kita. disamping itu , terdapat beberapa komponen persekitaran yang mungkin kita tidak sedar perkara itu adalah persekitaran. Baiklah, mari kita lihat apa komponen-komponen tersebut. Komponen Persekitaran terdiri daripada : i. Fizika...