PENCEMARAN UDARA DALAMAN
Assalammualaikum dan selamat datang ke blog Cik Keeper. Apa khabar sang pembaca ?
Cik Keeper nak tanya, korang tahu tak pasal pencemaran udara ? Haa, bila Cik Keeper sebut je pasal pencemaran udara ni, uolls mesti fikir pasal jerebu, asap kenderaan dan juga asap dari kilang kan?
Pencemaran Udara
Mungkin ada antara uolls yang tak
berapa tahu tentang pencemaran udara ni, haa… kita fahamkan dahulu apa itu
pencemaran udara.
Definisi pencemaran
udara boleh disimpulkan
sebagai
“
Apabila sesuatu bahan ataupun
kumpulan bahan-bahan dilepaskan
ke dalam udara
(atmosfera) sehinggakan ia boleh
membahayakan atau mempengaruhi manusia,
haiwan, tumbuh -tumbuhan ataupun bahan-bahan lain.”
Pencemaran udara terbahagi kepada dua
iaitu :
1) pencemaran udara luaran (outdoor air pollution) dan
2) pencemaran udara dalaman (indoor air pollution)
Pencemaran udara luaran : Pencemaran
udara luaran adalah pencemaran yang berlaku di luar bangunan atau di tempat
yang terbuka ia akan memberi kesan kepada manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
juga persekitaran bangunan.
Haa, inilah yang Cik Keeper maksudkan tentang pencemaran udara yang mungkin kita semua tak sedar. Setiap hari sedap dan nikmat je hirup udara yang Allah bagi free kat kita semua.. Jom kita ambil tahu serba sedikit tentang pencemaran udara dalaman ni demi menjaga kesihatan dan keselamatan kita dan makhluk Allah yang lain…..

Haaa… mai Cik Keeper terangkan. Kualiti udara dalaman ini sebenarnya menerangkan tentang bagaimana udara dalaman boleh memberikan impak kepada kesihatan, keselesaan dan kebolehan untuk kita bekerja ataupun berehat.
Boleh dikatakan hampir 70% daripada kehidupan kita dihabiskan dalam bangunan. Setiap hari kita akan habiskan masa kita (masa akan habis ke sis??) bermula dari rumah hingga la ke pejabat atau shopping mall, (Cik Keeper la tu…hehe!!).
Kenapa??? Ia disebabkan oleh pencemaran yang:
- kita mungkin tak sedar sebab tak nampak,
- setiap hari kita guna, buat atau hasilkan,
- berlaku dalam ruangan yang tertutup dan
- setiap hari kita bernafas dengan udara tu (sebab kita hidup lagi,jenazah dah tak boleh bernafas , kan? hehe)
Keadaan
ini juga turut dipengaruhi dengan reka bentuk kediaman itu tersendiri kerana
kebanyakannya tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Tambahan lagi
dengan faktor kelembapan tropika menjadikan bakteria dan mikroorganisma lain yang
tidak kelihatan dengan mata kasar mudah membiak.
PUNCA PENCEMARAN UDARA DALAMAN
1)
Asap Rokok
Asap rokok bukan sahaja memudaratkkan perokok tapi ini mebawa kesan ketara kepada sesiapa yang duduk berdekatan dengan perokok ni, dikenali sebagai 'second hand smoke'. EPA (Environmental Protection Agency) mengkelaskan 'second hand smoke' sebagai bahan karsinogen group A yang boleh mengakibatkan penyakit kanser. Kesan lain seperti ketidakselesaan pada bahagian mata, hidung, kerongkong, bronkitis, asma dan juga merosakkan fungsi paru-paru. Ooo…lupa, sekarang trend orang hisap vape…sama la tu, bahayanya sama je. Jangan cari pasal nak merokok atau nak ber’vape’ dalam rumah ya….lagi bagus kalau tinggal terus!
2)
Barangan Harian
Wangian, asap colok dan ubat nyamuk mengandungi unsur-unsur logam berat dan partikel halus yang boleh mendap dalam sistem respirasi manusia. Penggunaan semburan wangian, dapur jenis arang kayu, pemanas dan banyak lagi barang kegunaan harian akan membebaskan gas seperti carbon monoxide, nitrogen dioxide, yang menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata, tekak dan hidung, dan banyak lagi masalah kesihatan.
4)
Formaldehyde
Produk ini digunakan secara meluas dalam bangunan untuk hiasan, pembinaan dan perabot rumah, pejabat, sekolah dan tempat lain akan terikat dengan penggunaan resin berasaskan formaldehid. Kilang-kilang tekstil menggunakan resin berasaskan formaldehid sebagai bahan pengemas (finisher) untuk menjadikan fabrik yang terhasil tidak mudah mengedut. Bahan ini boleh didapati pada panel berasaskan kayu yang banyak digunakan dalam pembuatan perabot dan juga fabric kain dan juga permaidani sebagai hiasan dalaman. Sebatian ini boleh mendatangkan bahaya yang ketara kepada manusia apabila penggunaannya yang meluas, serta sifatnya yang toksik dan mudah meruap. Bahan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mata, hidung dan menyebabkan alergi pada sesetengah individu yang terdedah denganya.
5)
Radon
Sumber rujukan:
Formaldehyde in Clothing and Textiles FactSheet". Australian
National Industrial Chemicals Notification and Assessment Scheme
https://www.dosh.gov.my/index.php/chemical-management-v/indoor-air-quality
Kim, K. W., Kim, S., Kim, H. J., & Park, J. C. (2010).
Formaldehyde and TVOC emission behaviors according to finishing treatment with
surface materials using 20 L chamber and FLEC. Journal of hazardous materials,
177(1-3), 90-94.
Ismail
Sulaiman, Khairuddin Mohamad Kontol and Faizal Azrin Abdul Razalim. Assessment
Of Radon Concentrations On Highland Areas In Malaysia. Jurnal Sains Nuklear
Malaysia, 2018, 30(1): 46 – 52 ISSN: 2232-0946
National Toxicology Program (10 Jun 2011). "Report On Carcinogens –
Twelfth Edition – 2011" (PDF). National Toxicology Program. Dicapai pada 11 Jun 2011.








Waaaa, selama ni tak tahu pun ada pencemaran dalaman. Tq atas infonya
ReplyDeleteWow, ingatkan kau luar je udara tercemar, rupanya dalam rumah pun smaaa
ReplyDeleteWangian pun boleh jadi punca pencemaran udara ehh?
ReplyDeleteiya kalau hang pakai bauan terlampau kuat sampai menyiksa hidung orang sekeliling.
Deletepembacaan yang baik.. boleh dijadikan rujukan sebagai secondary data 👍👍👍
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood info ��
ReplyDeletetq for info. 👍🏼
ReplyDeletewaa bagusnya
ReplyDeleteThanks for sharing...good info
ReplyDelete👍🏼
DeleteThe UV ray can still penetrate our home... maybe a sunscreen at home too :p
ReplyDeleteTq info
ReplyDeleteBaguslaa cik keeper ni , santai je tapi padat
ReplyDeletememang steady, maklumat yang bermanfaat & berguna. Terima kasih ye
ReplyDeleteGood info 👍🏻
ReplyDeletewahh thanks for the info! i’ve gained new knowledge from this!👍🏼
ReplyDeleteBetul tu cik keeper, rsanya tak ramai tahu yg kat dalam bangunan pun boleh ada pencemaran udara.
ReplyDelete