SUMBER AIR BERSIH
BAGAIMANA SUMBER AIR BERSIH TERHASIL?
Cik Keeper nak tanya pembaca, sejauh
manakah pengetahuan korang tentang sumber air bersih? Korang tahu tak dari mana
sumber air yang kita guna setiap hari ni? Haa….post hari ni Cik Keeper nak
cerita tentang sumber air dan bagaimana air ni dirawat… jom! kita baca…
SUMBER AIR
Dari 3% tu…bukan semua boleh guna. 2/3 daripada 3% air tawar tadi adalah dalam
bentuk ais dan glasier di kutub dan bakinya merupakan air bawah tanah dan hanya
sebahagian kecil sahaja air permukaan. Contoh air permukaan ni ialah sungai,
tasik dan paya. Tapi…bukan semua kita boleh guna, sungai je yang jadi sumber air kita.
Malangnya…kebanyakan sungai kita hari ni dalam keadaan tenat dan kritikal. Cik
Keeper rasa, kalau sungai-sungai ni boleh masuk hospital, penuh dah ICU kt
semua hospital…Nak tahu lagi jelas, boleh tengok graf kt bawah ni.
Terdapat dua
jenis air yang boleh digunakan iaitu air mentah dan air yang dirawat. Air
mentah merupakan air semulajadi seperti air hujan, air tasik, air sungai dan
air bawwah tanah. Air yang dirawat pula merupakan air mentah yang telah
menjalani rawatan tertentu untuk meningkatkan kualiti dan keselamatannya untuk
kegunaan kita. Air yang tak dirawat mungkin dikhuatiri tercemar dengan pelbagai
jenis mikroorganisma, logam berat dan pelbagai bahan yang boleh menjejaskan
kesihatan. Andai kata seseorang terminum air yang tercemar dengan
mikroorganisma seperti Escherichia coli atau E.coli. , mungkin si
dia akan mengalami diarrhea, mntah-muntah dan
bertapa lama dalam ‘bilik termenung’…huhu
Okay, sebab itulah kita kena pastikan air yang kita
guna untuk minum dan masak, kena rawat dulu. Kalau setakat nak basuh kereta
daddy atau nak tolong siram pokok-pokok mommy tu…boleh je guna air mentah yang
tak dirawat…
Sekarang Cik
Keeper nak terang tentang proses rawat air pulak…
PROSES RAWATAN AIR
Untuk mendapatkan bekalan
air bersih, air perlu melalui beberapa proses rawatan air di loji rawatan air minum.
Loji ini dikendalikan oleh agensi-agensi tertentu, contohnya di Sekangor, Kuala
Lumpur dan Wilayah Persekituan dikendalikan oleh konsesi Air Selangor. Proses
rawatan ini terdiri daripada beberapa peringkat rawatan. Sistem yang digunakan
berbeza mengikut permintaan dan kuantiti air yang diperlukan oleh pengguna.
Boleh rujuk carta alir ni.
Sebelum air mentah dialir masuk ke dalam loji, kena melalui proses saringan dulu. Tujuanya untuk halang sampah sarap dan macam-macam lagi la dari masuk ke dalam loji. Almaklum la…zaman sekarang ni, macam-macam pencemaran air berlaku.
i. Proses Pengudaraan (Aeration Process)
Proses ini melibatkan pencampuran air dengan udara (oksigen). Pengudaraan ini akan menyingkirkan gas hidrogen sulfida, karbon dioksida, ferum dan mangan. Proses ini bertujuan menyingkirkan bau, warna, rasa dan sifat karat air.
ii. Proses Pengentalan & Penggumpalan (Flocculation & Coagulation)
iii. Pemendapan / Pengenapan (Sedimentation)
Proses pengentalan dan penggumpalan yang berlaku dalam proses sebelumnya akan menyebabkan penggumpalan zarah-zarah yang besar dan berat. Ia akan mendap di dasar tangki, menyebabkan bahagian atas lebih jernih.
iv. Proses Penapisan (Filtration)
Proses ini akan memisahkan mendapan dan air jernih. Penapis pasir graviti (Rapid gravity sand filter) akan memerangkap gumpalan-gumpalan tadi. Air jernih akan dialirkan memasuki tangki air jernih. Pencucian kaedah backwash bagi penapis pasir dilakukan antara 24 hingga 72 jam untuk kelancaran proses penapisan air.v. Pengklorinan, Penyelarasan pH dan Fluorida
vi. Tangki Air Imbangan (Balancing Tank)
Setelah selesai kesemua proses rawatan tadi, air akan di kumpulkan ke tangki ini yang terletak di hilir loji berkenaan. Tangki ini merupakan tempat penyimpanan sementara air yang terawat sebelum diagihkan. Air didalam tangki ini telah mematuhi piawaian air yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Okay, cukup dulu penerangan untuk post kali ni. Cik Keeper harap penerangan serba ringkas (walaupun berjela-jela) ini boleh menambah pengentahuan para pembaca tentang sumber air dan proses rawatan air yang kita guna selama ini. Hargai nikmat air yang kita kecapi hari ini. Andai kata, nikmat bekalan air bersih ini ditarik balik…korang ada duit 2.6 juta pun belum tentu boleh beli setitik air bersih tau!
Video kat bawah ni mungkin boleh bantu korang
untuk lebih faham tentang proses rawatan air nanti. Klik
Selamat menonton…
laaa bru ku tahu selama ni main teguk je air tu....
ReplyDeleteWow
ReplyDeleteBukan mudah ye nak dapatkan air bersih ni rupanya.
ReplyDeletePatutlah selangor asyik takde air. susah juga nak hasilkan air bersih ni
ReplyDeleteKena beringat ketika menggunakan air. Berjimat untuk masa hadapan
ReplyDeleteTeknologi
ReplyDeleteMaybe we can find alternative sources of water to sustain the clean supply of H2O soon :3
ReplyDeletemaybe gov can improve or find another alternative to protect the clean water
ReplyDeleteinteresting & I think this info have to spread wider to raise awarness
ReplyDeleteInteresting facts
ReplyDeleteAgak menarik ye, terima kasih share
ReplyDeleteBaru saya tahu ada banyak proses rawatan air ni
ReplyDeleteBetul
ReplyDeleteGood info 👍🏻
ReplyDeleteHarap lepasni takde la terputus-putus bekalan air
ReplyDeletebesar tu tempat air. boleh terjun kikiki
ReplyDeleteouh begini rupanya syabas atas perkongsian ini...
ReplyDeleteRamai sebenarnya yg masih clueless tentang cara air bersih ni terhasil. bagus sharing awak ni! Lepasni masy boleh rujuk disini je! thankyou
ReplyDeletegreat sharing!
ReplyDeleteNice sharing! Hope theres no futher problem with air selangor later...
ReplyDeleteThankyou for the info! keep spreading good information & awarness...
ReplyDeleteBagus info ini untuk menambah pengetahuan kita dan begitu pentingnya minum air bersih.
ReplyDelete