FAKTA RINGKAS TENTANG LAUT DI MALAYSIA (STOP WATER POLLUTION)

PLEASE STOP WATER POLLUTION START FROM NOW ON!


Assalamualaikum and hai everyone! ni cik keeper nak bagitahu sikit fakta ringkas berkaitan dengan laut yang ada di malaysia ni.

korang tahu? 

Sebanyak 42 pulau di seluruh negara diwartakan sebagai taman laut membabitkan 13 perairan di Terengganu, 9 di Pahang, 13 di Johor, 4 di Kedah dan 3 di Labuan. 

Pengezonan perairan laut itu telah meletakkan Malaysia antara 12 negara mega biodiversiti di dunia dan terletak di dalam kawasan Segitiga Terumbu Karang (CTI) yang dikelilingi perairan Laut Andaman, Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Ia menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin berikutan 83 peratus spesies terumbu karang dunia direkodkan.

haa special kan negara kita ni? TAPI ada pula masalah yang telah menyebabkan hidupan laut terjejas. haih ni cik keeper nak maghoh ni.

Antara masalah yang seringkali berlaku adalah tumpahan minyak kapal di perairan laut yang boleh menyebabkan ikan berkurangan. hal ini juga boleh menyebabkan aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan terjejas.

Dalam pada masa yang sama, aktivit riadah yang biasa dilakukan ketika bercuti di pulau-pulau seperti snorkling juga menyebabkan kerosakan terumbu karang kerana sejumlah kajian telah mencatatkan kesan terhadap terumbu karang dari penyelam dan tuba. Mereka boleh disebabkan oleh kerosakan dari tendangan sirip, menolak atau memegang karang, mengheret gigi, dan berlutut / berdiri di atas karang. Tidak semua penyelam menyebabkan jumlah kerosakan yang sama.

walaupun kita tak ada magic atau kuasa untuk jaga setiap spesis hidupan yang ada dalam laut tu tapi kita masih boleh bantu dengan cara membuang sampah di tempat yang betul dan menjadi seorang individu yang bertanggungjawab kerana tingkah laku kita menggambarkan personaliti diri. 

paling penting! sila ikut peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

walapun nampak kecil ja perbuatan tu tapi kalau kita semua sebagai rakyat malaysia boleh amalkan sikap tersebut, percayalah kita dah dapat bantu hidupan laut untuk hidup dengan sihat tanpa air yang tercemar. 

so please kesayangan cik keeper ! stop water pollution and save our future!!! love u alls 8>





Comments

Popular posts from this blog

SINDROM BANGUNAN SAKIT? MACAMANA TU??

BAHAYA MERKURI DALAM KOSMETIK

PENCEMARAN UDARA DALAMAN