INFO KESIHATAN PERSEKITARAN
APA ITU KESIHATAN PERSEKITARAN ?
Sebelum kita mendalami apa itu kesihatan persekitaran, mari kita fahamkan terlebih dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan kesihatan dan persekitaran.
APA ITU KESIHATAN ?
Berdasarkan WHO (World Health Organization),
“Kesihatan adalah keadaan dimana seseorang individu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi mental, fizikal dan sosial dan bukan semata- mata bebas dari penyakit atau keuzuran.”
APA ITU PERSEKITARAN?
Persekitaran merujuk kepada sekitar atau segala sesuatu yang memberi kesan kepada organisma semasa hayatnya. Senang cerita, semua benda yang disekeliling kita yang bagi kesan pada diri kita. disamping itu , terdapat beberapa komponen persekitaran yang mungkin kita tidak sedar perkara itu adalah persekitaran. Baiklah, mari kita lihat apa komponen-komponen tersebut.
Komponen Persekitaran terdiri daripada :
i. Fizikal,
ii. Biologi dan
iii. Psikologi
Seterusnya ,apa pula yang ada di dalam komponen-komponen ini?
Bagi komponen fizikal ia terdiri daripada :
- Air,
- Udara,
- Tanah,
- Cahaya.
Manakala biologi pula terdiri daripada :
- Manusia,
- Haiwan,
- Serangga,
- Tumbuh-tumbuhan,
- Mikroorganisma.
Bagi komponen Psikologi pula ia terdiri daripada :
- Agama,
- Budaya ,
- Kepercayaan ,
- Adat resam ,
- Sikap.
APA ITU KESIHATAN PERSEKITARAN?
WHO menyifatkan kesihatan persekitaran sebagai :
“Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor alam sekitar.”
Kesihatan Persekitaran juga merangkumi kesemua teori dan amalan berterusan bagi menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi impak kepada kesihatan manusia dan sekeliling.
Terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi status kesihatan populasi antaranya adalah:
- Fizikal: Keadaan sekeliling, pendedahan kepada radiasi, tahap kebisingan, tahap suatu getaran.
- Biologi: Penyakit berjangkit, organisma yang hidup didalam sumber makanan & minuman, tumbuh-tumbuhan beracun, serangga dan haiwan.
- Kimia: Pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa toksik, racun perosak.
- Sosial: Gaya hidup, pendidikan, keagamaan, tabiat.
hi,
ReplyDeletegood info, thanks for sharing!
good sharing!
ReplyDeleteBagus! sy suka psl alam ni
ReplyDeleteWah menarik
ReplyDeleteExpecting more for your future contents! Nice entry ^^
ReplyDeleteTerbaik 👍👍
ReplyDeleteI see. Thankyou !
ReplyDeleteOh i see
ReplyDeleteWorth reading
ReplyDeletememang terbaik, bermanfaat ye
ReplyDeleteTakde button like ke ? Serious support dengan cik keeper punya info ni . Terbaik
ReplyDeleteKita jaga kita
ReplyDeletePerkongsian yg bernas anak muda
ReplyDeleteTerima kasih banyak info baru yang saya dapat
ReplyDeleteGood info 👍🏻
ReplyDeleteGood start. Should proceed to eBook
ReplyDeleteBak kata bobiboy....'Terbaik'.
ReplyDeletepengetahuan yang baik
ReplyDeleteInfo yang berguna
ReplyDelete