INFO KESIHATAN PERSEKITARAN

 APA ITU KESIHATAN PERSEKITARAN ?


How to minimise data centre environmental impact

                
Sebelum kita mendalami apa itu kesihatan persekitaran, mari kita fahamkan terlebih dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan kesihatan dan persekitaran.


APA ITU KESIHATAN ? 

 Berdasarkan WHO (World Health Organization), 

“Kesihatan adalah keadaan dimana seseorang individu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi mental, fizikal dan sosial dan bukan semata- mata bebas dari penyakit atau keuzuran.”


APA ITU PERSEKITARAN?

Persekitaran merujuk kepada sekitar atau segala sesuatu yang memberi kesan kepada organisma semasa hayatnya. Senang cerita, semua benda yang disekeliling kita yang bagi kesan pada diri kita. disamping  itu , terdapat beberapa komponen persekitaran yang mungkin kita tidak sedar perkara itu adalah persekitaran. Baiklah, mari kita lihat apa komponen-komponen tersebut.

Komponen Persekitaran terdiri daripada :
    i.   Fizikal, 
    ii.  Biologi dan 
    iii. Psikologi

Seterusnya ,apa pula yang ada di dalam komponen-komponen ini? 
Bagi komponen fizikal ia terdiri daripada :
  •  Air, 
  •  Udara, 
  •  Tanah, 
  •  Cahaya. 

Manakala biologi pula terdiri daripada :
  •  Manusia, 
  •  Haiwan, 
  •  Serangga, 
  •  Tumbuh-tumbuhan,
  •  Mikroorganisma. 


Bagi komponen Psikologi pula ia terdiri daripada :
  •  Agama, 
  •  Budaya , 
  •  Kepercayaan , 
  •  Adat resam , 
  •  Sikap.

APA ITU KESIHATAN PERSEKITARAN?


WHO menyifatkan kesihatan persekitaran sebagai :

“Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor alam sekitar.”


Kesihatan Persekitaran juga merangkumi kesemua teori dan amalan berterusan bagi menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi impak kepada kesihatan manusia dan sekeliling. 


Terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi status kesihatan populasi antaranya adalah:

  •  Fizikal: Keadaan sekeliling, pendedahan kepada radiasi, tahap kebisingan, tahap suatu getaran.

  •  Biologi: Penyakit berjangkit, organisma yang hidup didalam sumber makanan & minuman, tumbuh-tumbuhan beracun, serangga dan haiwan.

  •  Kimia: Pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa toksik, racun perosak.

  •  Sosial: Gaya hidup, pendidikan, keagamaan, tabiat.

Comments

  1. hi,
    good info, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Bagus! sy suka psl alam ni

    ReplyDelete
  3. Expecting more for your future contents! Nice entry ^^

    ReplyDelete
  4. memang terbaik, bermanfaat ye

    ReplyDelete
  5. Takde button like ke ? Serious support dengan cik keeper punya info ni . Terbaik

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg bernas anak muda

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak info baru yang saya dapat

    ReplyDelete
  8. Good start. Should proceed to eBook

    ReplyDelete
  9. Bak kata bobiboy....'Terbaik'.

    ReplyDelete
  10. Info yang berguna

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SINDROM BANGUNAN SAKIT? MACAMANA TU??

BAHAYA MERKURI DALAM KOSMETIK

PENCEMARAN UDARA DALAMAN