BAHAYA MERKURI DALAM KOSMETIK
KANDUNGAN MERKURI DI DALAM KOSMETIK YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Cik Keeper doakan anda yang sedang membaca blog ini dalam keadaan sihat dan ceria selalu ya.. Sebelum mula bercerita kali ni, cik keeper nak tanya produk apa yang anda sedang gunakan sebagai rutin penjagaan kulit? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen di akhir nanti ;)
Uols tahu tak kenapa Cik Keeper geram sangat ni??
Sebabnya... ada sesetengah produk penjagaan kulit ada mengandungi pelbagai bahan merbahaya dan racun!! Paling banyak digunakan adalah merkuri.
Merkuri dalam bentuk organik dan
tak organik banyak dijumpai di dalam produk penjagaan kulit. Kebiasaannya ia digunakan
dalam produk antipenuaan dan pemutihan. Produk ini juga didatangkan dalam set
yang terdiri daripada pencuci muka, toner, krim malam dan krim siang, eye
liner, pencuci muka, maskara dan lain-lain.
Lagi buat Cik Keeper geram dan nak marah bila ada sesetengah pengeluar mengeksploitasikan golongan yang nak sangat cantik ni dengan momokan produk yang murah, berkesan dan banyak lagi la….golongan yang naif memang akan percaya la semua sogokan ni....huhu, come on ladies...sedarlah yang anda sedang dianak patungkan!!! (diperdayakan sebenarnya)
JOM KENALI MERKURI @ RAKSA
Merkuri atau raksa ialah logam berat atau mineral yang wujud secara semulajadi di bumi. Nombor atom merkuri ialah 80 dan simbolnya dalam jadual berkala adalah "Hg" (Hydrargyrum). Merkuri merupakan Racun Berjadual (scheduled poison), satu-satunya logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik dan ia boleh wujud dalam bentuk unsur organik dan bukan organik.
Pakar Perubatan Dermatologi, Jabatan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM), Prof Madya Dr Adawiyah Jamil, berkata merkuri tidak banyak bahaya secara terus pada kulit tetapi lebih bahaya jika diserap di dalam badan melalui kulit.
Fakta juga menunjukkan penyerapan bahan kimia melalui kulit didapati boleh mencapai kepekatan 10 kali ganda daripada dos oral.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa kena guna merkuri? Cik Keeper cite secara general je ya…nak terang secara saintifik, ada yang mengarut sampai ke laut cina selatan pulak kang!
Ni jawapan yang simple je :
Garam
merkuri berfungsi untuk menghalang pembentukan melanin pada kulit yang
menyebabkan kulit akan jadi lebih cerah. Melanin ni…pigmen gelap pada kulit, lagi banyak melanin, lagi gelap
la tona mukanya…
Uols tahu tak? Ada beberapa nama yang biasa digunakan pada label produk untuk menggantikan merkuri. Hmm….macam nama samaran la tu.
Haaa…..Cik Keeper nak uols gi la belek-belek jap barang kosmetik korang tu. Ada tak dalam list ingredients tertulis nama-nama ni?
i. - calomel,
ii. - mercury,
iii. - mercurous
chloride,
iv. - mercuric,
v. - quicksilver,
vi. - cinnabonis dan
vii. - hydrogyri oxydum rubrum.
Kalau ada……hmmm….bak kata si Nabil, “Lu pikirlah sendiri!”
BAGAIMANA MERKURI MASUK KE DALAM BADAN?
Yang ni pun Cik Keeper xmo mengarang lebih...nanti ke lautan pasifik pula hanyutnya...hahaha!
Apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit, ia akan meruap dan dihidu ia akan menyebabkan orang sekeliling terutama kanak-kanak.
Bayi dan kanak-kanak kecil juga boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut.

Si comel ni mungkin dok gigit-gigit dan cium pipi mommy yang putih gebus-gebas tu.....atau ada di antara si anak dara yang dok perhati je uols dok make up, Apa lagi.....barang make up di depan mata dia...anak dara tu pun nak jadi cantik ala-ala princess gitewww!
KESAN BURUK PRODUK MERKURI
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. selain itu, ia juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Lebih teruk bahan ini boleh mampu mengurangkan ketahanan kulit terhadap jangkitan bakteria dan kulat. Jadi, kulit anda mudah dijangkiti kuman dan mula menjadi rosak.
Alahai.....dari ratu boleh jadi hantu tau!!
Kesan-kesan lain termasuklah kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal. uols boleh tanya pakcik gugel la untuk maklumat lanjut.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran menjadikan produk ini mudah didapati dan membolehkan pengguna membuat pilihan ke atas barangan tersebut. Perbezaan yang ketara bagi setiap produk tersebut adalah dari segi bahan yang terkandung di dalamnya, pengeluar, harga dan daya saing di pasaran.
Nasihat Cik Keeper, pengguna seharusnya sedar bahawa bukan semua produk penjagaan kulit selamat untuk digunakan seterusnya memastikan pemilihan produk tersebut tidak memudaratkan kesihatan.
Uols yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik yang berkemungkinan ada unsur merkuri ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya tau. Cik Keeper nasihatkan terus dapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh produk kosmetik beracun ini.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
Ok...nnt uols boleh share apa produk penjagaan kulit dan kosmetik yang uols guna ya... Mungkin ada pembaca lain yang ingin tahu apa produk yang selamat untuk digunakan...betul tak?
Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak ya.. bye!
sumber rujukan;
1. https://itma.upm.edu.my/artikel/bahaya_merkuri_di_dalam_kosmetik-30253
2. https://www.halodoc.com/artikel/6-bahaya-kandungan-merkuri-dalam-kosmetik


saya x guna pape produk pun....kulit jadi kering. mungkin x jumpa lg produk yg sesuai
ReplyDeletebuat masa ni saya guna hada labo dan ianya sangat bagus pada kulit
ReplyDeletetakut saya tengok org thai buat timb produk kilo di tiktok
ReplyDeletehaah betul.. ada terlalu di fyp saya juga haritu haha dia guna tangan macam tu je
DeleteGood info 👍🏻
ReplyDeleteTerbaikkkkk,good info!!‼
ReplyDeletenak selamat untuk beginner start skincare elok pergi ke watsons atau guardians
ReplyDeleteTorbaek
ReplyDeleteMaybe we can consult a pharmacist to check on our products too huhu
ReplyDeleteNak cantik punya pasal sanggup guna produk mengandungi merkuri sbb nak cepat berkesan.
ReplyDeletekesian dekat anak yang mak nye pakai merkuri...
ReplyDeleteDidnt know about this earlier
ReplyDeletesaya bukan jenis yang jaga muka, jadi insya'Allah start sekarang saya try
ReplyDeleteTerhibur baca cik keeper punya blog , btw nice info ofcourse
ReplyDeletegood info
ReplyDeletesaya pun ada tengok dkt tiktok yang orang thai tu buat produk gaul2 eeee
ReplyDeleteThanks for sharing... Merkuri memang sngt bahaya Lagi² dlm produk timbang kilo.. Eiiii
ReplyDeleteGood content for educate the society. Tulah kadang-kadang rasa nak je pakai bahan merkuri ni sebab result cepat tapi tulah nasib iman masih kuat kehkeh. Doakan saya capai clear skin ya cik keeper. #SayNoToMercury.
ReplyDeletegood luck awak! its okay even tho result lambat yang penting kulit kita selamat dan sihat hehe
DeleteBuat masa ni masih konsisten dengan safi Balqis but the problem is , products Tu dah takde dan digantikan dengan yang baru , sumpah sedih but I try to cari another solution , tq for info !!
ReplyDeletesafi balqis still ada dkt watsons or guardians cuma dia improve formula kepada safi balqis oxywhite.. product tu pun best sis hehe
Delete