BAHAYA MERKURI DALAM KOSMETIK


KANDUNGAN MERKURI DI DALAM KOSMETIK YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Cik Keeper doakan anda yang sedang membaca blog ini dalam keadaan sihat dan ceria selalu ya.. Sebelum mula bercerita kali ni, cik keeper nak tanya produk apa yang anda sedang gunakan sebagai rutin penjagaan kulit? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen di akhir nanti ;) 


Cik Keeper geram tau bila sebahagian besar manusia zaman sekarang ni dok kaitkan muka cerah,  putih gebus-gebus tu dengan kecantikan. Dah satu dunia ni terutamanya wanita-wanita dok berlumba-lumba nak kulit muka putih gebus macam anak patung! Cantik ke? Takde la cantik mana pun….kecantikan semulajadi datang dari dalaman, dari kesan wudhuk yang sempurna tau...ceewaah!!

Uols tahu tak kenapa Cik Keeper geram sangat ni??                         

Sebabnya... ada sesetengah produk penjagaan kulit ada mengandungi pelbagai bahan merbahaya dan racun!! Paling banyak digunakan adalah merkuri.  

Merkuri dalam bentuk organik dan tak organik banyak dijumpai di dalam produk penjagaan kulit. Kebiasaannya ia digunakan dalam produk antipenuaan dan pemutihan. Produk ini juga didatangkan dalam set yang terdiri daripada pencuci muka, toner, krim malam dan krim siang, eye liner, pencuci muka, maskara dan lain-lain. 

Lagi buat Cik Keeper geram dan nak marah bila ada sesetengah pengeluar mengeksploitasikan golongan yang nak sangat cantik ni dengan momokan produk yang murah, berkesan dan banyak lagi la….golongan yang naif memang akan percaya la semua sogokan ni....huhu, come on ladies...sedarlah yang anda sedang dianak patungkan!!! (diperdayakan sebenarnya)


JOM KENALI MERKURI @ RAKSA

Merkuri atau raksa ialah logam berat atau mineral yang wujud secara semulajadi di bumi. Nombor atom merkuri ialah 80 dan simbolnya dalam jadual berkala adalah "Hg" (Hydrargyrum).  Merkuri merupakan Racun Berjadual (scheduled poison), satu-satunya logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik dan ia boleh wujud dalam bentuk unsur  organik dan bukan organik.

Pakar Perubatan Dermatologi, Jabatan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM), Prof Madya Dr Adawiyah Jamil, berkata merkuri tidak banyak bahaya secara terus pada kulit tetapi lebih bahaya jika diserap di dalam badan melalui kulit.

Fakta juga menunjukkan penyerapan bahan kimia melalui kulit didapati boleh mencapai kepekatan 10 kali ganda daripada dos oral. 

 


 Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa kena guna merkuri? Cik Keeper cite secara general je ya…nak terang secara saintifik, ada yang mengarut sampai ke laut cina selatan pulak kang!

 

Ni jawapan yang simple je :

Garam merkuri berfungsi untuk menghalang pembentukan melanin pada kulit yang menyebabkan kulit akan jadi lebih cerah. Melanin ni…pigmen gelap  pada kulit, lagi banyak melanin, lagi gelap la tona mukanya…

Uols tahu tak? Ada beberapa nama yang biasa digunakan pada label produk untuk menggantikan merkuri. Hmm….macam nama samaran la tu. 

Haaa…..Cik Keeper nak uols gi la belek-belek jap barang kosmetik korang tu. Ada tak dalam list ingredients  tertulis nama-nama ni?

i.      - calomel,

ii.     -  mercury,

iii.    -  mercurous chloride,

iv.    -  mercuric,

v.     -  quicksilver,

vi.    - cinnabonis dan

vii.   - hydrogyri oxydum rubrum.


Kalau ada……hmmm….bak kata si Nabil, “Lu pikirlah sendiri!”

 

BAGAIMANA MERKURI MASUK KE DALAM BADAN?

Yang ni pun Cik Keeper xmo mengarang lebih...nanti ke lautan pasifik pula hanyutnya...hahaha! 

Apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit, ia akan meruap dan dihidu ia akan menyebabkan orang sekeliling terutama kanak-kanak.

Bayi dan kanak-kanak kecil juga boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut.  



Si comel ni mungkin dok gigit-gigit dan cium pipi mommy yang putih gebus-gebas tu.....atau ada di antara si anak dara yang dok perhati je uols dok make upApa lagi.....barang make up di depan mata dia...anak dara tu pun nak jadi cantik ala-ala princess gitewww!  


walaupun hasilnya mungkin begini.......😂


                                        

 KESAN BURUK PRODUK MERKURI

Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. selain itu, ia juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Lebih teruk bahan ini boleh mampu mengurangkan ketahanan kulit terhadap jangkitan bakteria dan kulat. Jadi, kulit anda mudah dijangkiti kuman dan mula menjadi rosak. 

Alahai.....dari ratu boleh jadi hantu tau!!

Kesan-kesan lain termasuklah kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal. uols boleh tanya pakcik gugel la untuk maklumat lanjut.



 
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran menjadikan produk ini mudah didapati dan membolehkan pengguna membuat pilihan ke atas barangan tersebut. Perbezaan yang ketara bagi setiap produk tersebut adalah dari segi bahan yang terkandung di dalamnya, pengeluar, harga dan daya saing di pasaran. 

Nasihat Cik Keeper, pengguna seharusnya sedar bahawa bukan semua produk penjagaan kulit selamat untuk digunakan seterusnya memastikan pemilihan produk tersebut tidak memudaratkan kesihatan.

Uols  yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik yang berkemungkinan ada unsur merkuri ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya tau. Cik Keeper nasihatkan terus dapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh produk kosmetik beracun ini.

 Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

 Ok...nnt uols boleh share apa produk penjagaan kulit dan kosmetik yang uols guna ya... Mungkin ada pembaca lain yang ingin tahu apa produk yang selamat untuk digunakan...betul tak? 


Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak ya.. bye!


sumber rujukan;

1. https://itma.upm.edu.my/artikel/bahaya_merkuri_di_dalam_kosmetik-30253

2. https://www.halodoc.com/artikel/6-bahaya-kandungan-merkuri-dalam-kosmetik

3. https://www.google.com.my/amp/s/kpkesihatan.com/2020/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2020-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/amp/












Comments

  1. saya x guna pape produk pun....kulit jadi kering. mungkin x jumpa lg produk yg sesuai

    ReplyDelete
  2. buat masa ni saya guna hada labo dan ianya sangat bagus pada kulit

    ReplyDelete
  3. takut saya tengok org thai buat timb produk kilo di tiktok

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul.. ada terlalu di fyp saya juga haritu haha dia guna tangan macam tu je

      Delete
  4. nak selamat untuk beginner start skincare elok pergi ke watsons atau guardians

    ReplyDelete
  5. Maybe we can consult a pharmacist to check on our products too huhu

    ReplyDelete
  6. Nak cantik punya pasal sanggup guna produk mengandungi merkuri sbb nak cepat berkesan.

    ReplyDelete
  7. kesian dekat anak yang mak nye pakai merkuri...

    ReplyDelete
  8. saya bukan jenis yang jaga muka, jadi insya'Allah start sekarang saya try

    ReplyDelete
  9. Terhibur baca cik keeper punya blog , btw nice info ofcourse

    ReplyDelete
  10. saya pun ada tengok dkt tiktok yang orang thai tu buat produk gaul2 eeee

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing... Merkuri memang sngt bahaya Lagi² dlm produk timbang kilo.. Eiiii

    ReplyDelete
  12. Good content for educate the society. Tulah kadang-kadang rasa nak je pakai bahan merkuri ni sebab result cepat tapi tulah nasib iman masih kuat kehkeh. Doakan saya capai clear skin ya cik keeper. #SayNoToMercury.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck awak! its okay even tho result lambat yang penting kulit kita selamat dan sihat hehe

      Delete
  13. Buat masa ni masih konsisten dengan safi Balqis but the problem is , products Tu dah takde dan digantikan dengan yang baru , sumpah sedih but I try to cari another solution , tq for info !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. safi balqis still ada dkt watsons or guardians cuma dia improve formula kepada safi balqis oxywhite.. product tu pun best sis hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SINDROM BANGUNAN SAKIT? MACAMANA TU??

PENCEMARAN UDARA DALAMAN